Kelas ICT – Microsoft Word (Menaip Berita Olahan Gaya Surat Khabar)

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Januari 2019 (Jumaat) telah mengadakan Kelas ICT iaitu Menaip Berita Olahan Gaya Surat Khabar dengan objektif mendedahkan teknik olahan berita pada surat khabar dikalangan peserta dengan penggunakan applikasi Microsoft Word. Kelas ini diadakan pada selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Dalam kelas ini, peserta dikehendaki menaip 1 artikel pertikan surat khabar berbahasa Inggeris The Borneo Post bertarikh 5 Januari 2019. Selain daripada memberikan latihan menaip kepada peserta, mereka didedahkan dengan penggunaan Layout – Page Setup – Columns – Two – Enter – Paragraph – Justify. Dalam pada itu juga, peserta dikehendaki untuk menukar bentuk, saiz dan Bold font.

Apa yang dapat dilihat dari kelas ini, peserta-peserta tidak sabar untuk membahagikan artikel yang siap di taip kepada 2 Columns. Semoga dengan pendedahan ini dapat membuka minda mereka bagaimana sebuah artikel pada surat khabar ditaip. Apa yang kita harapkan, moga pembelajaran yang mereka perolehi dari kelas ini dapat membantu mereka mengapplikasikan dalam kerja-kerja projek mereka di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali